Bagaimana kalau bateri anda tidak tulen?
Jika anda tidak boleh mengesahkan bahawa bateri Nokia
anda dengan hologram pada label adalah bateri tulen Nokia,
jangan gunakan bateri tersebut. Bawa bateri ke pusat servis
atau wakil penjual Nokia berdaftar yang terdekat untuk
mendapatkan bantuan. Penggunaan bateri yang tidak
diluluskan oleh Nokia mungkin berbahaya dan mungkin
menghasilkan prestasi yang lemah dan merosakkan peranti
anda dan aksesorinya. Ia mungkin juga mentaksahkan
sebarang kelulusan atau waranti untuk peranti ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bateri Nokia yang
tulen, lihat www.nokia.com/batterycheck