
Maklumat bateri dan pengecas
Peranti anda mendapat kuasa dari bateri yang boleh dicas
semula. Bateri yang dimaksudkan untuk penggunaan
dengan peranti ini adalah BL-5CT. Nokia mungkin membuat
model bateri tambahan tersedia untuk peranti ini. Peranti ini
dimaksudkan untuk digunakan apabila mendapat bekalan
kuasa dari pengecas yang berikut: AC-8. Nombor model
pengecas yang sebenar mungkin berbeza-beza bergantung
pada jenis palam. Varian palam dikenal pasti dengan salah
satu daripada yang berikut: E, EB, X, AR, U, A, C, atau UB.
Bateri boleh dicas dan dinyahcas beratus-ratus kali, tetapi
lama kelamaan ia akan haus. Apabila masa bual dan masa
siap sedia nyata lebih pendek dari biasa, gantikanlah bateri.
Gunakan hanya bateri yang diluluskan oleh Nokia, dan cas
semula bateri anda hanya dengan pengecas yang diluluskan
oleh Nokia untuk digunakan dengan peranti ini. Penggunaan
bateri atau pengecas yang tidak luluskan boleh
mengakibatkan risiko kebakaran, letupan, kebocoran, atau
bahaya yang lain.
Jika bateri digunakan buat pertama kalinya atau jika bateri
telah tidak digunakan untuk tempoh yang lama, anda
mungkin perlu menyambungkan pengecas dan kemudian
mencabutnya dan menyambungkannya semula untuk
memulakan pengecasan. Jika bateri benar-benar kehabisan
kuasa, beberapa minit mungkin diperlukan sebelum
penunjuk pengecasan muncul di paparan atau sebelum
sebarang panggilan boleh dibuat.
Sentiasa matikan peranti ini dan cabut pengecas sebelum
mengeluarkan bateri.
Cabut pengecas dari palam elektrik dan peranti ini apabila
tidak digunakan. Jangan biarkan bateri yang telah dicas
penuh tersambung kepada pengecas, kerana pengecasan
berlebihan boleh memendekkan hayatnya. Jika dibiarkan
tanpa digunakan, bateri yang dicas penuh lama kelamaan
akan hilang casnya.
Sentiasa kekalkan bateri pada suhu di antara 15°C dan 25°C
(59°F dan 77°F). Suhu yang melampau mengurangkan
keupayaan dan jangka hayat bateri. Peranti dengan bateri
yang sejuk atau panas mungkin tidak akan berfungsi buat
sementara waktu. Prestasi bateri terhad terutamanya dalam
suhu yang jauh di bawah beku.
Jangan memintas litar bateri. Memintas litar secara tidak
sengaja boleh berlaku apabila objek logam seperti duit
syiling, klip, atau pen menyebabkan sambungan langsung
terminal positif (+) dan negatif (-) bateri. (Ia kelihatan seperti
jalur-jalur logam pada bateri.) Ini mungkin berlaku,
contohnya, apabila anda membawa bateri ganti di dalam
saku atau beg tangan anda. Memintas litar terminal boleh
merosakkan bateri atau objek yang menyambungkan.
Jangan buang bateri di dalam api kerana ia boleh meletup.
Bateri juga boleh meletup jika rosak. Buang bateri menurut
peraturan tempatan. Sila kitar semula jika boleh. Jangan
buang sebagai sisa rumah.
Jangan hapus, kerat, buka, musnah, bengkok, ubah bentuk,
cucuk, atau cincang sel atau bateri. Sekiranya bateri bocor,
jangan biarkan cecairnya terkena pada kulit atau mata.
Sekiranya berlaku kebocoran sedemikain, segera siram kulit
atau mata anda dengan air, atau dapatkan bantuan
perubatan.
Jangan ubah suai, mengilang semula, cuba untuk
memasukkan objek asing ke dalam bateri, serta merendam
atau mendedahkannya pada air atau cecair yang lain.
Penyalahgunaan bateri boleh mengakibatkan kebakaran,
letupan, atau bahaya yang lain. Jika peranti atau bateri
dijatuhkan, terutamanya pada permukaan keras, dan anda
percaya bateri itu rosak, bawanya ke pusat perkhidmatan
untuk pemeriksaan sebelum anda menggunakannya semula.
Gunakan bateri hanya untuk tujuan kegunaannya. Jangan
sekali-kali menggunakan sebarang pengecas atau bateri
yang rosak. Jauhkan bateri anda dari capaian kanak-kanak
kecil.