Alat Dengar
Amaran:
Dengar muzik pada aras kelantangan
yang sederhana. Pendedahan kepada
kelantangan yang tinggi secara
berterusan boleh merosakkan
pendengaran anda. Jangan pegang
peranti ini dekat dengan telinga anda
apabila pembesar suara sedang
digunakan, kerana kelantangan bunyinya
mungkin terlalu kuat.
Amaran:
Apabila anda menggunakan alat dengar,
keupayaan anda untuk mendengar bunyi-
bunyi luaran mungkin akan terjejas.
Jangan gunakan alat dengar apabila ia
boleh membahayakan keselamatan anda.
Apabila menyambung mana-mana
peranti luar atau mana-mana alat dengar,
selain daripada yang diluluskan oleh
Nokia untuk digunakan dengan peranti
ini, dengan Penyambung AU Nokia, sila
beri perhatian khusus terhadap paras
kelantangan.
Jangan sambungkan produk yang
mewujudkan isyarat output kerana ini
boleh menyebabkan kerosakan pada
peranti. Jangan sambungkan mana-mana
sumber voltan dengan Penyambung AV
Nokia.