
Memasukkan dan mengeluarkan kad
memori
Gunakan hanya peranti yang serasi kad
microSD yang diluluskan oleh Nokia untuk
digunakan dengan peranti ini. Nokia
menggunakan piawai industri untuk kad
memori, tetapi sesetengah jenama
mungkin tidak serasi sepenuhnya dengan
peranti ini. Kad yang tidak serasi boleh
merosakkan kad dan peranti serta data
yang disimpan pada kad.
Telefon anda menyokong kad microSD
sehingga 4 GB.
Masukkan kad memori
1 Tanggalkan penutup belakang.
2 Masukkan kad ke dalam slot kad
memori dengan permukaan
sentuhnya menghadap ke bawah,
dan tekan ia sehingga ia terkunci di
tempatnya.
3 Letak semula penutup belakang.
Keluarkan kad memori
Penting: Jangan keluarkan kad memori
semasa sedang melakukan sesuatu
operasi apabila kad tersebut sedang
diakses. Mengeluarkan kad semasa
sedang melakukan sesuatu operasi boleh
merosakkan kad memori dan peranti,
serta data yang disimpan pada kad
tersebut.
Anda boleh mengeluarkan atau
menggantikan kad memori semasa
operasi telefon tanpa mematikan peranti.
1 Pastikan bahawa tiada aplikasi
sedang mengakses kad memori.
2 Tanggalkan penutup belakang.
8
Bermula
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
8

3 Tekan kad memori sedikit untuk
melepaskan kuncinya dan
alihkannya.
4 Letak semula penutup belakang.