Mengecaskan bateri
Bateri anda telah dipracas, tetapi tahap
pengecasan mungkin berbeza.
1 Sambungkan pengecas ke alur keluar
dinding.
2 Sambungkan pengecas pada peranti.
3 Apabila bateri dicaskan sepenuhnya,
putuskan sambungan pengecas
daripada peranti, kemudian daripada
alur keluar dinding.
Jika bateri benar-benar kehabisan kuasa,
beberapa minit mungkin diperlukan
sebelum penunjuk pengecasan muncul
pada paparan atau sebelum sebarang
panggilan boleh dibuat.
Masa pengecasan bergantung kepada
pengecas yang digunakan. Mengecas
bateri BL-5CT dengan pengecas AC-8
mengambil masa lebih kurang 1 jam 30
minit sementara telefon berada dalam
mod skrin laman utama.