
Keselamatan penyemak imbas
Ciri-ciri keselamatan mungkin diperlukan
untuk sesetengah perkhidmatan, seperti
perkhidmatan perbankan atau membeli-
belah dalam talian. Untuk sambungan
seumpama ini anda perlukan sijil
keselamatan dan mungkin juga modul
keselamatan, yang mungkin tersedia
pada kad SIM anda. Untuk mendapat
maklumat lanjut, hubungi pembekal
khidmat anda.
Untuk melihat atau menukar tetapan
modul keselamatan, atau untuk melihat
senarai sijil kuasa atau sijil pengguna
dimuat turunkan ke telefon anda, pilih
Menu
>
Tetapan
>
Keselamatan
>
Ttpn modul k'selamtn
,
Sijil kuasa
, atau
Sijil pengguna
.
Penting: Walaupun penggunaan sijil
menjadikan risiko yang berkaitan dengan
sambungan jauh dan pemasangan
perisian jauh lebih kecil, ia mestilah
digunakan dengan betul untuk
mendapatkan faedah daripada
keselamatan yang dipertingkatkan.
Kewujudan sijil tidak menawarkan
sebarang perlindungan dengan
sendirinya; pengurus sijil mestilah
mangandungi sijil-sijil yang betul, tulen
dan dipercayai untuk memperoleh
keselamatan yang dipertingkatkan. Sijil-
sijil mempunyai hayat yang terhad. Jika
“Sijil tamat” atau “Sijil belum sah lagi”
dipaparkan walaupun sijil seharusnya
sah, pastikan bahawa tarikh dan waktu
semasa dalam peranti anda adalah betul.