
Data paket
Perkhidmatan radio paket umum (General
packet radio service, GPRS) adalah
perkhidmatan rangkaian yang
membolehkan telefon mudah alih
menghantar dan menerima data melalui
rangkaian berasaskan protokol internet
(IP).
Untuk menentukan cara menggunakan
perkhidmatan, pilih
Menu
>
Tetapan
>
Kesambungan
>
Data paket
>
Sambgn. data paket
dan daripada
pilihan yang berikut:
Apabila diperlukan — untuk
mewujudkan sambungan data paket
apabila aplikasi memerlukannya.
Sambungan akan ditutup apabila aplikasi
ditamatkan.
Sentiasa bertalian — untuk
menyambung kepada rangkaian data
paket secara automatik apabila anda
menghidupkan telefon
Anda boleh menggunakan telefon anda
sebagai modem dengan
menyambungkannya kepada PC yang
serasi menggunakan teknologi Bluetooth.
Untuk mendapatkan butiran, lihat
dokumentasi Nokia PC Suite.