
Alat perubatan
Operasi sebarang peralatan pemancar radio, termasuk
telefon wayarles, boleh mengganggu fungsi alat-alat
perubatan yang tidak dilindungi secukupnya. Anda harus
berjumpa dengan pakar perubatan atau pengilang alat
perubatan tersebut untuk menentukan sama ada alat
perubatan tersebut dilindungi secukupnya daripada tenaga
RF luaran atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.
Matikan peranti ini di kemudahan jagaan kesihatan apabila
diarahkan untuk berbuat demikian oleh peraturan yang
ditampalkan di tempat-tempat ini. Hospital atau kemudahan
jagaan kesihatan mungkin menggunakan peralatan yang
peka terhadap tenaga RF luaran.