Alat perubatan yang diimplan
Pengilang alat perubatan menyarankan bahawa pemisahan
minimum sebanyak 15.3 sentimeter (6 inci) hendaklah
dikekalkan di antara peranti wayarles dan alat perubatan
yang diimplan, seperti perentak jantung atau kardioverter
defibrilator yang diimplan, untuk mengelakkan gangguan
yang mungkin berlaku pada alat perubatan tersebut. Orang
yang memiliki peranti sedemikian hendaklah:
•
Sentiasa pastikan peranti wayarles berada lebih
daripada 15.3 sentimeter (6 inci) dari alat perubatan
apabila peranti wayarles dihidupkan.
•
Tidak membawa peranti ini di dalam saku dada.
•
Pegang peranti wayarles pada telinga yang
bertentangan dengan alat perubatan untuk
mengurangkan gangguan yang mungkin berlaku.
•
Matikan peranti wayarles dengan segera jika terdapat
sebarang sebab untuk mengesyaki gangguan sedang
berlaku.
•
Baca dan ikut arahan daripada pengilang alat
perubatan yang diimplan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai cara
menggunakan peranti wayarles dengan alat perubatan yang
diimplan, rujuk doktor, klinik atau hospital anda.