
Kenderaan
Isyarat RF mungkin menjejaskan sistem elektronik yang tidak
dipasang dengan betul atau yang tidak dilindungi
secukupnya di dalam kenderaan bermotor seperti sistem
pancit bahan api, sistem brek elektronik antikelincir
(antikunci), sistem kawalan kelajuan elektronik, dan sistem
beg udara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, semak
dengan pengilang kenderaan anda atau wakilnya, mengenai
sebarang peralatan yang telah ditambah.
Hanya kakitangan yang berkelayakan yang harus
menjalankan servis pada peranti atau memasang peranti di
dalam kenderaan. Pemasangan atau servis yang tidak betul
mungkin berbahaya dan mungkin mentaksahkan sebarang
jaminan yang melindungi peranti tersebut. Sentiasa jalankan
pemeriksaan untuk memastikan bahawa semua peralatan
peranti wayarles dalam kenderaan anda dilekapkan dan
beroperasi dengan betul. Jangan simpan atau bawa sebarang
cecair mudah bakar, gas atau bahan letupan dalam ruang
yang sama dengan peranti, bahagian-bahagiannya atau
aksesori. Bagi kenderaan yang dilengkapi beg udara, ingat
bahawa beg udara mengembung akibat daya yang kuat.
Jangan letakkan objek, termasuk peralatan wayarles yang
dipasang atau yang mudah alih dalam kawasan di atas beg
udara atau di kawasan pengembungan beg udara tersebut.
Jika peralatan wayarles di dalam kenderaan tidak dipasang
dengan betul dan beg udara mengembung, kecederaan yang
serius boleh berlaku.
Anda dilarang menggunakan peranti anda semasa terbang
dalam pesawat. Matikan peranti anda sebelum menaiki
pesawat. Penggunaan peranti tele wayarles dalam pesawat
adalah berbahaya kepada pengendalian pesawat,
mengganggu rangkaian telefon wayarles dan mungkin
menyalahi undang-undang.
52 Maklumat keselamatan tambahan
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
52