Nokia 6303 classic - Maklumat Pensijilan (SAR)

background image

Maklumat Pensijilan (SAR)
Peranti mobil ini memenuhi garis panduan

antarabangsa bagi pendedahan kepada gelombang

radio.

Peranti bimbit anda adalah sebuah pemancar dan penerima

radio. Ia direka untuk tidak melebihi had pendedahan

kepada gelombang radio yang disarankan oleh garis

panduan antarabangsa. Garis panduan ini dihasilkan oleh

pertubuhan saintifik ICNIRP dan merangkumi margin

keselamatan yang direka bentuk bagi memastikan

keselamatan semua orang, tidak kira usia dan kesihatan.

Piawai pendedahan bagi peranti-peranti bimbit

menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai Kadar

Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate) atau SAR. Had

SAR yang dinyatakan di dalam garis panduan ICNIRP adalah

2.0 watts/kilogram (W/kg) dipuratakan pada sepuluh gram

tisu. Ujian bagi SAR yang dijalankan menggunakan

kedudukan beroperasi biasa dengan peranti memancar pada

aras kuasa yang disahkan tertinggi dalam semua jalur

frekuensi yang diuji. Paras SAR sebenar bagi peranti yang

beroperasi boleh jadi jauh di bawah nilai maksimum kerana

peranti direka bentuk untuk menggunakan hanya kuasa yang

diperlukan untuk mencapai rangkaian. Jumlahnya berubah

bergantung pada beberapa faktor seperti sejauh mana jarak

anda dengan stesen pangkalan rangkaian. Nilai SAR tertinggi

mengikut garis panduan ICNIRP untuk penggunaan peranti

di telinga ialah 1,15 W/kg.

Penggunaan aksesori peranti boleh menghasilkan nilai-nilai

SAR yang berbeza-beza. Nilai SAR mungkin berubah-ubah

bergantung kepada keperluan laporan kebangsaan dan

pengujian dan jalur rangkaian. Maklumat SAR tambahan

boleh diberikan di bawah maklumat produk di

www.nokia.com.