
Panggilan kecemasan
Penting: Peranti ini beroperasi menggunakan isyarat radio,
rangkaian wayarles, rangkaian talian darat, dan fungsi yang
diprogram pengguna. Jika peranti anda menyokong
panggilan suara melalui internet (panggilan internet),
aktifkan kedua-dua panggilan internet dan telefon selular.
Peranti akan cuba membuat panggilan kecemasan melalui
rangkaian selular dan melalui pembekal panggilan internet
anda jika kedua-duanya diaktifkan. Sambungan dalam
semua keadaan tidak dapat dijamin. Anda tidak harus sekali-
kali bergantung semata-mata kepada sebarang peranti
wayarles untuk komunikasi penting seperti kecemasan
perubatan.
Untuk membuat panggilan kecemasan:
1
Jika peranti ini belum dihidupkan, hidupkan ia. Periksa
untuk memastikan kekuatan isyarat yang mencukupi.
Bergantung kepada peranti anda, anda mungkin perlu
melengkapkan perkara yang berikut:
•
Masukkan kad SIM jika peranti anda
menggunakannya.
•
Buangkan batasan panggilan tertentu yang telah
anda aktifkan dalam peranti anda.
•
Ubah profil anda daripada luar talian atau mod
profil penerbangan ke profil yang aktif.
2
Tekan kekunci tamat seberapa banyak kali yang perlu
untuk mengosongkan paparan dan menyediakan
peranti ini untuk panggilan.
3
Masukkan nombor kecemasan rasmi bagi lokasi
semasa anda. Nombor kecemasan berbeza-beza
mengikut lokasi.
4
Tekan kekunci panggil .
Apabila membuat panggilan kecemasan, berikan semua
maklumat yang diperlukan seberapa tepat yang mungkin.
Peranti wayarles anda mungkin satu-satunya alat
komunikasi di tempat kemalangan itu. Jangan tamatkan
panggilan sehingga dibenarkan berbuat demikian.