Persekitaran beroperasi
Peranti ini memenuhi garis panduan pendedahan RF apabila
digunakan dalam kedudukan biasa pada telinga atau apabila
diletakkan sekurang-kurangnya 1,5 sentimeter (5/8 inci) jauh
dari badan. Apabila sarung pembawa, klip tali pinggang atau
pemegang digunakan bagi operasi pakai pada badan, ia tidak
seharusnya mengandungi logam dan harus meletakkan
peranti sejauh jarak yang disebut di atas dari badan.
Untuk menghantar fail data atau mesej, peranti ini
memerlukan sambungan yang bermutu kepada rangkaian.
Dalam sesetengah hal, penghantaran fail data atau mesej
mungkin tertunda sehingga sambungan demikian terdapat.
Pastikan arahan jarak pemisahan di atas dipatuhi sehingga
penghantaran selesai.