Persekitaran di mana letupan boleh berlaku
Matikan peranti anda apabila berada di kawasan di mana
letupan boleh berlaku, dan patuhi semua papan tanda dan
arahan. Persekitaran di mana letupan boleh berlaku
termasuk tempat-tempat di mana anda biasanya
dinasihatkan supaya mematikan enjin kenderaan anda.
Percikan api di kawasan-kawasan seperti itu boleh
menyebabkan letupan atau kebakaran yang mengakibatkan
kecederaan pada badan ataupun kematian. Matikan peranti
ini di tempat-tempat mengisi bahan bakar seperti
berdekatan dengan pam gas di stesen minyak. Patuhi
sekatan-sekatan terhadap penggunaan peralatan radio di
depo, tempat-tempat penyimpanan, dan pengedaran bahan
bakar, loji kimia atau tempat operasi peletupan sedang
berjalan. Kawasan-kawasan di mana letupan boleh berlaku
sering, tetapi tidak semestinya, ditandakan dengan jelas. Ia
termasuk di bawah dek di dalam bot, kemudahan memindah
atau menyimpan bahan kimia dan tempat-tempat di mana
udaranya mengandungi bahan kimia atau zarah seperti
butir, habuk, atau serbuk logam. Anda boleh menyemak
dengan pembuat kenderaan yang menggunakan gas
petroleum cair (seperti propana dan butana) untuk
menentukan jika peranti in boleh digunakan dengan selamat
dalam sekitaran kenderaan.