
Kod akses
Untuk menetapkan bagaimana telefon
anda menggunakan kod akses dan
tetapan keselamatan, pilih
Menu
>
Tetapan
>
Keselamatan
>
Kod akses
.
•
Kod keselamatan membantu
melindungi telefon anda daripada
penggunaan tidak sah. Kod yang
dipratetap ialah 12345. Anda boleh
menukar kod dan menetapkan
telefon supaya meminta kod.
Beberapa operasi memerlukan kod
keselamatan tanpa mengira
tetapannya, contohnya, jika anda
hendak menyimpan semula tetapan
kilang. Pastikan kod dirahsiakan dan
simpan di tempat yang selamat
berasingan dari telefon anda. Jika
anda terlupa kod dan telefon anda
dikunci, telefon anda akan
memerlukan servis dan caj tambahan
mungkin dikenakan. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut,
hubungi pusat Nokia Care atau
penjual telefon anda.
•
Kod PIN (UPIN), yang dibekalkan
bersama kad SIM (USIM) , membantu
melindungi kad daripada digunakan
tanpa izin.
•
Kod PIN2 (UPIN2) yang dibekalkan
bersama beberapa kad SIM (USIM),
diperlukan untuk mengakses
perkhidmatan tertentu.
•
Kod PUK (UPUK) dan PUK2 (UPUK2)
mungkin dibekalkan bersama kad SIM
(USIM). Jika anda memasukkan kod
PIN yang salah sebanyak tiga kali
berturut-turut, anda akan diminta
untuk kod PUK. Jika kod tidak
dibekalkan, hubungi pembekal
khidmat anda.
•
Kata laluan sekatan diperlukan
semasa menggunakan perkhidmatan
sekatan panggilan untuk menyekat
panggilan ke dan dari telefon anda
(perkhidmatan rangkaian).
•
Untuk melihat atau menukar tetapan
modul keselamatan untuk penyemak
imbas, pilih
Menu
>
Tetapan
>
Keselamatan
>
Ttpn modul
k'selamtn
.