Nokia 6303 classic - Mengenai peranti anda

background image

Mengenai peranti anda

Peranti wayarles yang diperihalkan di

dalam panduan ini diluluskan untuk

digunakan pada Rangkaian GSM 900,

1800, dan 1900 MHz. Hubungi pembekal

khidmat anda untuk mendapatkan

maklumat lanjut mengenai rangkaian.
Apabila menggunakan ciri-ciri di dalam

peranti ini, patuhi semua undang-undang

dan hormati adat tempatan, privasi dan

hak-hak sah orang lain termasuk hak

cipta.
Perlindungan hak cipta boleh mencegah

sesetengah imej, muzik, dan kandungan

lain daripada disalin, diubah suai atau

dipindahkan.
Peranti anda mungkin mempunyai

penanda buku dan pautan laman internet

pihak ketiga yang telah diprapasang.

Anda boleh juga mengakses laman pihak

ketiga yang lain melalui peranti anda.

Laman pihak ketiga yang tidak berkaitan

dengan Nokia, dan Nokia tidak

mengendors atau menanggung liabiliti

untuk pihak ketiga tersebut. Jika anda

memilih untuk mengakses laman

sedemikian, anda hendaklah mengambil

langkah berwaspada tentang

keselamatan atau kandungannya.

Amaran:

Untuk menggunakan sebarang ciri-ciri di

dalam peranti ini, selain daripada jam

penggera, peranti ini mestilah

dihidupkan. Jangan hidupkan peranti ini

apabila penggunaan peranti wayarles

boleh menyebabkan gangguan atau

bahaya.

Ingatlah untuk membuat salinan

sandaran atau menyimpan rekod bertulis

semua maklumat penting yang disimpan

dalam peranti anda.
Apabila menyambung kepada sebarang

peranti lain, baca panduan penggunanya

untuk arahan-arahan keselamatan yang

terperinci. Jangan sambungkan produk

yang tidak serasi.
Ingatlah untuk membuat salinan

sandaran atau menyimpan rekod bertulis

semua maklumat penting yang disimpan

dalam peranti anda.
Rujuk kepada panduan pengguna untuk

maklumat penting lain mengenai peranti

anda.