
Mod penerbangan
Gunakan mod penerbangan dalam
persekitaran peka radio—di dalam kapal
terbang atau di hospital—untuk
menyahaktifkan semua fungsi frekuensi
radio. Anda masih mempunyai akses
kepada permainan luar talian, kalendar,
dan nombor telefon. Apabila mod
penerbangan aktif,
dipaparkan.
Untuk mengaktifkan atau menyediakan
mod penerbangan, pilih
Menu
>
Tetapan
>
Profil
>
Penerbangan
>
Aktifkan
atau
Pilihan sendiri
.
Untuk menyahaktifkan mod
penerbangan, pilih mana-mana profil
lain.
Amaran:
Dalam profil penerbangan anda tidak
boleh membuat atau menerima sebarang
panggilan, termasuk panggilan
kecemasan, atau menggunakan ciri-ciri
lain yang memerlukan liputan rangkaian.
Untuk membuat panggilan, anda
hendaklah mengaktifkan fungsi telefon
dahulu dengan menukar profil. Jika
peranti telah dikunci, masukkan kod
kunci.
Jika anda perlu membuat panggilan
kecemasan semasa peranti dikunci dan
dalam profil penerbangan, anda juga
boleh memasukkan nombor kecemasan
rasmi yang telah diprogramkan ke dalam
peranti anda di dalam medan kod kunci
dan pilih ‘Panggil’. Peranti akan
mengesahkan bahawa anda akan keluar
dari profil penerbangan untuk
memulakan panggilan kecemasan.
Menghidupkannya 15
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
15