Nokia 6303 classic - Perkhidmatan rangkaian

background image

Perkhidmatan rangkaian

Untuk menggunakan peranti ini anda

mestilah mempunyai perkhidmatan

daripada pembekal khidmat wayarles.

Kebanyakan cirinya memerlukan ciri

rangkaian yang khas. Ciri-ciri ini tidak

didapati pada semua rangkaian;

rangkaian lain mungkin menghendaki

anda membuat pengaturan khusus

dengan pembekal khidmat anda sebelum

anda boleh menggunakan perkhidmatan

rangkaiannya. Penggunaan

perkhidmatan rangkaian melibatkan

penghantaran data. Periksa dengan

pembekal khidmat anda untuk

mendapatkan butiran mengenai bayaran

Menghidupkannya 11

© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.

11

background image

semasa berada dalam rangkaian utama

anda dan semasa merayau dalam

rangkaian lain. Pembekal khidmat anda

boleh memberi anda arahan dan

menjelaskan caj yang akan dikenakan.

Sesetengah rangkaian mungkin

mempunyai had-had yang akan

menjejaskan cara anda menggunakan

perkhidmatan rangkaian. Contohnya,

sesetengah rangkaian mungkin tidak

menyokong semua aksara dan

perkhidmatan yang bergantung kepada

bahasa.
Pembekal khidmat anda mungkin telah

meminta agar ciri-ciri tertentu

dilumpuhkan atau dinyahaktifkan dalam

peranti anda. Jika demikian, ciri ini tidak

akan muncul pada menu peranti anda.

Peranti anda boleh juga mempunyai

tatarajah khas seperti perubahan dalam

nama menu, susunan menu, dan ikon.

Hubungi pembekal khidmat anda untuk

maklumat lanjut.