
Penjagaan dan penyelenggaraan
Peranti anda adalah produk hasil reka bentuk dan
ketukangan unggul dan patut dijaga dengan baik. Saranan
berikut akan membantu anda melindungi perlindungan
jaminan anda.
•
Pastikan peranti ini sentiasa kering. Pemendakan,
kelembapan, dan semua jenis cecair atau lembapan
mungkin mengandungi mineral-mineral yang akan
mengakis litar elektronik. Jika peranti anda menjadi
basah, keluarkan baterinya, dan biarkan peranti ini
benar-benar kering sebelum memasangnya semula.
•
Jangan gunakan atau simpan peranti ini di tempat yang
berhabuk dan kotor. Bahagian yang bergerak dan
komponen elektroniknya boleh menjadi rosak.
•
Jangan simpan peranti ini di tempat yang panas. Suhu
tinggi boleh memendekkan hayat peranti elektronik,
merosakkan bateri, dan meledingkan atau mencairkan
plastik tertentu.
•
Jangan simpan peranti ini di tempat yang sejuk.
Apabila peranti ini kembali kepada suhu normalnya,
lembapan boleh terbentuk di dalam peranti ini, dan
merosakkan papan litar elektroniknya.
•
Jangan cuba membuka peranti ini dengan cara yang
lain daripada yang diarahkan di dalam panduan ini.
•
Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini.
Pengendalian yang kasar boleh memecahkan papan
litar dalaman dan mekanisme halus.
•
Jangan gunakan bahan kimia, pelarut pembersihan,
atau bahan cuci yang kuat untuk membersihkan
peranti ini.
•
Jangan cat peranti ini. Cat boleh menyebabkan
bahagian yang bergerak menjadi tersumbat dan
menghalang operasi sempurna.
•
Gunakan hanya antena gantian yang dibekalkan atau
diluluskan. Antena, pengubahsuaian atau pemasangan
yang tidak diluluskan boleh merosakkan peranti ini dan
mungkin melanggar peraturan yang berkuatkuasa
bagi peranti radio.
•
Gunakan pengecas di dalam bangunan.
•
Sentiasa buat sandaran data yang anda hendak
simpan, seperti kenalan dan nota kalendar.
•
Untuk menetapkan semula peranti dari semasa ke
semasa untuk mendapatkan prestasi yang optimum,
matikan peranti dan keluarkan bateri.
Saranan ini boleh digunakan bagi peranti anda, bateri,
pengecas atau sebarang tambahan. Jika sebarang peranti
tidak berfungsi dengan betul, bawa peranti tersebut ke
kemudahan servis berdaftar yang terdekat untuk diservis.