Peta dan GPS
Anda boleh menggunakan Sistem
Kedudukan Global (GPS) untuk
menyokong aplikasi Peta. Cari lokasi
anda, atau mengukur jarak dan plot
koordinat.
Sebelum menggunakan fungsi GPS
dengan telefon anda, anda mesti
pasangkan telefon anda dengan
penerima GPS luaran serasi dengan
menggunakan teknologi wayarles
Bluetooth. Untuk maklumat lanjut, lihat
panduan pengguna peranti GPS anda.
Selepas memasangkan peranti GPS
Bluetooth dengan telefon, ia mungkin
mengambil beberapa minit untuk telefon
memparkan lokasi semasa. Sambungan
40 Peta
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
40
selepas itu adalah lebih cepat, tetapi jika
anda tidak menggunakan GPS untuk
beberapa hari, atau sangat jauh dari
tempat akhir anda gunakannya, ia
mungkin mengambil beberapa minit
untuk mengesan dan memaparkan lokasi
anda.
Sistem Penetapan Kedudukan Global
(Global Positioning System) (GPS)
dikendalikan oleh pemerintah Amerika
Syarikat, yang bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap ketepatan dan
penyelenggaraan sistem tersebut.
Ketepatan data lokasi boleh terjejas oleh
pelarasan-pelarasan kepada satelit GPS
yang dibuat oleh pemerintah Amerika
Syarikat dan tertakluk kepada perubahan
dengan dasar GPS sivil Jabatan
Pertahanan Amerika Syarikat ( United
States Department of Defense civil GPS
policy) dan Rancangan Radionavigasi
Federal (Federal Radionavigation Plan).
Ketepatan juga boleh terjejas disebabkan
geometri satelit yang kurang baik.
Ketersediaan dan mutu isyarat GPS
mungkin terjejas disebabkan lokasi anda,
bangunan, halangan semula jadi, dan
keadaan cuaca. Penerima GPS seharusnya
hanya digunakan di luar bagi
membolehkan penerimaan isyarat GPS.
Sebarang GPS tidak seharusnya
digunakan untuk pengukuran lokasi yang
tepat dan anda tidak harus sekali-kali
bergantung semata-mata kepada data
penetapan kedudukan daripada
penerima GPS dan rangkaian radio selular
untuk pengesanan lokasi atau navigasi.