Kemas kini perisian melalui udara
Pembekal khidmat anda boleh
menghantar kemas kini perisian telefon
melalui udara kepada telefon anda
(perkhidmatan rangkaian). Pilihan ini
mungkin tidak tersedia, bergantung
kepada telefon anda.
Memuat turun kemas kinian perisian
mungkin melibatkan penghantaran
jumlah data yang besar melalui rangkaian
pembekal khidmat anda. Hubungi
pembekal khidmat anda untuk
mendapatkan maklumat mengenai caj
pemancaran data.
Pastikan bateri peranti mempunyai kuasa
yang mencukupi, atau sambungkan
pengecas sebelum memulakan
mengemas kini.
Amaran:
Jika anda memasang kemas kinian
perisian, anda tidak boleh menggunakan
peranti, walaupun untuk membuat
panggilan kecemasan, sehingga
pemasangan selesai dan peranti
dimulakan semula. Pastikan anda
membuat sandaran data sebelum
menerima pemasangan kemas kinian.
Tetapan kemas kini perisian
Pilihan ini mungkin tidak tersedia,
bergantung kepada telefon anda.
Untuk membenarkan atau tidak
membenarkan kemas kinian perisian dan
tatarajah, pilih
Menu
>
Tetapan
>
Tatarajah
>
Ttpn p'gurus. peranti
>
K/
kini p'risian p/khid
.
Meminta kemas kini perisian
1 Pilih
Menu
>
Tetapan
>
Telefon
>
Kemas kini telefon
untuk meminta
kemas kinian perisian yang tersedia
daripada pembekal khidmat anda.
2 Pilih
Butir. p'risian semasa
untuk
memaparkan versi perisian semasa
dan memeriksa sama ada kemas
kinian diperlukan.
3 Pilih
M/turun perisian tel.
untuk
memuat turun dan memasang kemas
kinian perisian. Ikut arahan pada
paparan.
4 Jika pemasangan dibatalkan selepas
muat turun, pilih
Psng. k/kini
perisian
untuk memulakan
pemasangan.
Kemas kini perisian boleh mengambil
masa beberapa minit. Jika terdapat
Sokongan dan kemas kinian 47
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
47
masalah dengan pemasangan, hubungi
pembekal khidmat anda.