Kemas kinian perisian menggunakan
PC anda
Kemas kinian perisian mungkin termasuk
ciri baru dan fungsi yang dipertingkatkan
yang tidak tersedia pada masa pembelian
peranti anda. Mengemas kini perisian
mungkin juga meningkatkan prestasi
peranti.
Pengemas kini Perisian Nokia adalah
aplikasi PC yang membolehkan anda
mengemas kinikan perisian peranti anda.
Untuk mengemas kini perisian peranti
anda, anda memerlukan PC yang serasi,
46 Sokongan dan kemas kinian
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
46
akses internet jalur lebar dan kabel data
USB yang serasi untuk menyambungkan
peranti anda dengan PC.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut,
untuk memeriksa nota siaran bagi versi
perisian terkini, dan untuk memuat turun
aplikasi Pengemas kini Perisian Nokia,
lihat www.nokia-asia.com/
softwareupdate atau tapak web Nokia
tempatan.
Untuk mengemas kini perisian peranti,
lakukan yang berikut:
1 Muat turun dan pasang aplikasi
Pengemas kini Perisian Nokia ke PC
anda.
2 Sambungkan peranti anda kepada PC
dengan menggunakan kabel data USB
dan buka aplikasi Pengemas Kini
Perisian Nokia. Aplikasi Pengemas
kini Perisian Nokia memandu anda
untuk menyandarkan fail anda,
mengemas kini perisian dan
menyimpan semula fail anda.