Apakah yang tidak diliputi?
1. Waranti Terhad ini tidak meliputi manual pengguna atau
mana-mana perisian, tetapan, kandungan, data atau pautan
pihak ketiga, sama ada disertakan/dimuat turun dalam
Produk, sama ada disertakan semasa pemasangan,
perhimpunan, pengiriman atau pada masa lain dalam rantai
penghantaran atau jika tidak dan dengan apa-apa cara anda
memperolehinya. Setakat yang dibenarkan oleh undang-
undang yang berkuat kuasa, Nokia tidak membenarkan
bahawa mana-mana perisian Nokia akan memenuhi
keperluan anda, akan berfungsi dengan mana-mana
perkakasan atau aplikasi perisian yang disediakan oleh pihak
ketiga, bahawa pengoperasian perisian akan terganggu atau
bebas ralat atau bahawa mana-mana kecacatan dalam
perisian boleh dibetulkan atau akan dibetulkan.
2. Waranti Terhad ini tidak meliputi a) penggunaan haus dan
lusuh biasa (termasuk, tanpa batasan, haus dan lusuh kanta
kamera, bateri atau pemapar), b) kos pengangkutan, c)
kecacatan yang disebabkan oleh pengendalian yang kasar
(termasuk, tanpa batasan, kecacatan yang disebabkan oleh
bahan tajam, dengan membengkokkan, memampatkan atau
menjatuhkan, dsb.), d) kecacatan atau kerosakan yang
disebabkan oleh salah guna Produk, termasuk penggunaan
yang bertentangan dengan arahan yang diberikan oleh Nokia
(contohnya, seperti yang dikemukakan dalam panduan
pengguna) dan/atau e) tindakan lain yang melampaui
kawalan Nokia.
3. Waranti Terhad ini tidak meliputi kecacatan penutup atau
kecacatan penutup yang dikatakan disebabkan oleh Produk
yang digunakan bersamanya, atau disambungkan dengan,
produk, aksesori, perisian dan/atau perkhidmatan yang tidak
dikeluarkan, dibekalkan atau dibenarkan oleh Nokia atau
digunakan selain daripada penggunaan yang dimaksudkan.
Kecacatan boleh disebabkan oleh virus dari akses tidak
54 WARANTI TERHAD PENGILANG
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
54
dibenarkan yang dilakukan oleh anda atau pihak ketiga
kepada perkhidmatan, akaun lain, sistem komputer atau
rangkaian. Akses yang tidak dibenarkan ini boleh berlaku
melalui penggodaman, pelombongan kata laluan atau
melalui pelbagai cara lain.
4. Waranti Terhad ini tidak meliputi kecacatan yang
disebabkan oleh bateri yang terlitar pintas atau disebabkan
kedap pengurungan bateri atau sel yang pecah atau
menunjukkan kesan diubah suai atau bateri telah digunakan
dalam peralatan selain untuk peralatan yang telah
dinyatakan.
5. Waranti Terhad ini tidak digunakan jika Produk telah
dibuka, diubah suai atau dibaiki oleh orang selain yang
dibenarkan oleh pusat servis yang dibenarkan, jika ia dibaiki
dengan menggunakan bahagian ganti yang tidak dibenarkan
atau jika nombor siri Produk, kod tarikh aksesori mudah alih,
atau nombor IMEI telah dikeluarkan, dipadam, dirosakkan,
diubah atau tidak mudah dibaca dalam apa cara sekali pun
dan ini akan ditentukan mengikut budi bicara Nokia semata-
mata.
6. Waranti Terhad ini tidak digunakan jika produk telah
didedahkan kepada lembapan, kelembapan atau keadaan
terma atau persekitaran yang melampau atau perubahan
pantas dalam keadaan sedemikian, kakisan, pengoksidaan,
tumpahan makanan atau cecair atau pengaruh daripada
produk kimia.