
Bagaimana untuk mendapatkan servis waranti
Jika anda hendak membuat tuntutan di bawah Waranti
Terhad, anda boleh menghubungi pusat panggilan Nokia
(apabila ia boleh didapati dan sila ambil perhatian kadar
negara yang dikenakan untuk menghubunginya) dan/atau
apabila perlu, kembalikan Produk atau bahagian yang
terjejas (jika ia bukan seluruh Produk) ke pusat layanan Nokia
atau lokasi servis Nokia yang dikhususkan. Maklumat
mengenai pusat layanan Nokia, lokasi servis Nokia yang
dikhususkan dan pusat panggilan Nokia boleh didapati di
halaman web Nokia tempatan apabila boleh didapati.
Anda mesti memulangkan Produk atau bahagian yang
terjejas anda (jika ia bukan seluruh Produk) ke pusat layanan
Nokia atau lokasi servis Nokia yang dikhususkan sebelum
tamat masa Tempoh Waranti.
Apabila membuat tuntutan Waranti Terhad anda perlu
memberikan: a) Produk (atau bahagian yang terjejas
padanya), b) bukti pembelian asal yang mudah dibaca dan
tidak diubah suai, yang jelas menunjukkan nama dan alamat
penjual, tarikh dan tempat pembelian, jenis produk dan IMEI
atau nombor siri yang lain.
Waranti Terhad hanya meliputi pengguna akhir pertama
yang asal Produk ini dan tidak boleh diberikan atau
dipindahkan kepada mana-mana pembeli/pengguna akhir
berikutnya.