Batasan liabiliti Nokia
Waranti Terhad ini adalah pemulihan semata-mata dan
eksklusif anda terhadap Nokia dan liabiliti semata-mata dan
eksklusif Nokia berhubung dengan kecacatan dalam Produk
anda. Walau bagaimanapun, Waranti Terhad ini tidak akan
sama ada mengeluarkan atau membataskan i) mana-mana
hak (berkanun) undang-undang anda mengikut undang-
undang negara yang berkuat kuasa atau ii) mana-mana hak
anda terhadap penjual Produk.
Waranti Terhad ini menggantikan semua waranti dan liabiliti
Nokia yang lain, sama ada lisan, bertulis (tidak mandatori)
berkanun, berkontrak, secara tort atau sebaliknya, termasuk,
tanpa batasan, dan apabila dibenarkan oleh undang-undang
yang berkuat kuasa, mana-mana keadaan yang tersirat,
waranti atau terma lain seperti kualiti atau kesesuaian yang
memuaskan untuk tujuannya. Sehingga setakat yang
dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat kuasa, Nokia
tidak menanggung mana-mana liabiliti atas kehilangan atau
kerosakan pada atau pencemaran data, atau sebarang
kerugian keuntungan, kehilangan penggunaan Produk atau
kefungsian, kehilangan perniagaan, kehilangan kontrak,
kerugian hasil atau kerugian simpanan yang dijangka, kos
atau perbelanjaan yang meningkat atau bagi mana-mana
kerugian atau kerosakan yang tidak langsung, kerugian atau
kerosakan turutan, atau kerugian atau kerosakan khusus.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkuat
kuasa, liabiliti Nokia akan terhad kepada nilai pembelian
Produk. Batasan di atas tidak akan dikenakan pada kematian
atau kecederaan diri yang berpunca daripada kelalaian Nokia
yang terbukti.