
Kewajipan berkanun
Waranti Terhad ini mesti dibaca bertakluk kepada mana-
mana peruntukan berkanun yang menandakan waranti atau
syarat bagi Waranti Terhad ini yang tidak boleh dikeluarkan,
WARANTI TERHAD PENGILANG 55
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
55

dihadkan atau diubah suai atau tidak boleh dikeluarkan,
dihadkan atau diubah suai kecuali setakat yang terhad. Jika
peruntukan berkanun yang sedemikian ini dikenakan,
setakat yang boleh dilakukan Nokia, liabilitinya mengikut
peruntukan tersebut akan dibataskan, sebagai pilihannya
untuk, sekiranya barangan: penggantian barangan atau
bekalan barangan yang sama, pembaikan barangan,
pembayaran kos menggantikan barangan atau memperoleh
barangan yang sama, atau pembayaran kos untuk membaiki
barangan; dan sekiranya perkhidmatan: pembekalan lagi
perkhidmatan atau pembayaran kos untuk menyambungkan
kembali perkhidmatan.
Nota: Produk anda adalah peranti elektronik yang canggih.
Nokia amat menggalakkan anda agar membiasakan diri anda
dengan panduan pengguna dan arahan yang diberikan
bersama dan untuk Produk. Sila juga ambil perhatian bahawa
produk mungkin mengandungi paparan kepersisan tinggi,
kanta kamera dan bahagian sedemikian lain, yang boleh
tercalar atau jika tidak, rosak jika tidak dikendalikan dengan
berhati-hati.
Semua maklumat waranti, ciri dan spesifikasi produk adalah
tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
Nokia Corporation
Keilalahdentie 2-4
FIN-02150 Espoo
Finland
56 WARANTI TERHAD PENGILANG
© 2009 Nokia. Semua hak terpelihara.
56