Notis penting lain
Operator bebas pihak ketiga menyediakan kad SIM dan
selular dan/atau rangkaian atau sistem lain untuk Produk
beroperasi. Dengan ini, Nokia tidak akan memikul
tanggungjawab di bawah waranti ini untuk pengoperasian,
ketersediaan, liputan, perkhidmatan atau lingkungan jarak
selular atau rangkaian atau sistem lain. Sebelum Produk
boleh dibaiki atau diganti, operator mungkin perlu membuka
kunci mana-mana kunci SIM atau kunci lain yang mungkin
telah ditambah untuk mengunci produk kepada rangkaian
atau operator yang tertentu. Oleh sebab itu, Nokia tidak
memikul tanggungjawab bagi mana-mana kelewatan dalam
pembaikan waranti atau atas ketidakupayaan Nokia untuk
menyempurnakan pembaikan waranti yang disebabkan oleh
kelewatan atau kegagalan operator untuk membuka mana-
mana kunci SIM atau kunci lain.
Harap ingat untuk membuat salinan sandaran atau
menyimpan catatan bertulis semua kandungan dan data
penting yang disimpan dalam Produk anda, kerana
kandungan dan data mungkin hilang semasa pembaikan
atau penggantian Produk. Nokia, secara yang selaras dengan
peruntukan seksyen yang bertajuk "Batasan Liabiliti Nokia"
di bawah, setakat yang dibenarkan undang-undang yang
berkuat kuasa, tidak akan menurut mana-mana keadaan
bertanggungjawab, sama ada secara nyata atau tersirat, atas
mana-mana kerosakan atau kerugian dalam apa jenis sekali
pun yang berpunca daripada kerugian, kerosakan pada, atau,
kerosakan, kandungan atau data semasa pembaikan atau
penggantian Produk.
Semua bahagian Produk atau peralatan lain yang telah
digantikan oleh Nokia akan menjadi harta Nokia. Jika Produk
yang dikembalikan tidak diliputi oleh terma dan syarat
Waranti Terhad, Nokia dan syarikat perkhidmatannya yang
dibenarkan berhak untuk mengenakan bayaran
pengendalian. Apabila membaiki atau menggantikan
Produk, Nokia boleh menggunakan produk atau bahagian
yang baru, sama dengan baru atau dipulihkan.
Produk anda mungkin mengandungi unsur khusus negara,
termasuk perisian. Jika Produk telah dieksportkan semula
dari negara destinasi asal ke negara lain, Produk mungkin
mengandungi unsur khusus negara yang tidak dianggap
sebagai kecacatan mengikut Waranti Terhad ini.