Tempoh waranti
Tempoh waranti bermula pada masa pembelian asal Produk
oleh pengguna akhir pertama. Produk boleh mengandungi
beberapa bahagian yang berlainan dan bahagian yang
berlainan ini mungkin dilindungi oleh tempoh waranti yang
berlainan (kemudian daripada ini "Tempoh Waranti").
Tempoh Waranti yang berlainan adalah:
a) dua belas (12) bulan untuk peranti dan aksesori mudah
alih (sama ada disertakan dalam pakej jualan peranti mudah
alih atau dijual secara berasingan) selain daripada bahagian
dan aksesori guna habis yang disenaraikan dalam (b) dan (c)
di bawah;
b) enam (6) bulan bagi bahagian dan aksesori guna habis
yang berikut: bateri, pengecas, dirian meja, alat dengar,
kabel dan penutup; dan
c) sembilan puluh (90) hari untuk media yang disediakan oleh
mana-mana perisian, contohnya, CD-ROM atau kad memori
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang negara anda,
Tempoh Waranti tidak akan dilanjutkan atau diperbaharui
atau jika sebaliknya terjejas disebabkan jualan semula,
pembaikan atau penggantian berikutnya Produk tersebut.
Walau bagaimanapun, bahagian yang dibaiki akan
diwarantikan untuk baki Tempoh Waranti asal atau selama
enam puluh (60) hari daripada tarikh pembaikan, mana-
mana yang lebih lama.